Webinar Nadi X Kesedaran Safe & Shield – Saya Mesti Kena Elak Dari Buli Siber
26 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Februari 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Kesedaran Safe & Shield – Saya Mesti Kena Elak Dari Buli Siber secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 3:00 petang sehingga 4:00 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Peserta yang terlibat ialah dari pelajar tingkatan 4 dan 5. Seminar ini disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib dari Universiti Utara Malaysia (Pusat Pengajian Teknologi).
Tujuan webinar ‘saya mesti kena elak dari buli siber’ ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tantang ancaman buli siber. Dalam era digital yang semakin berkembang, buli siber menjadi salah satu cabaran utama yang boleh memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan mental dan emosi individu, terutamanya gologan muda. Para pelajar harus memahami konsep buli siber, bentuknya, dan impak terhadap mangsa. Selain itu, para pelajar mesti mengenali tanda-tanda buli siber. Mendidik peserta mengenalpasti mangsa dan pelaku buli siber. Memberikan Langkah Pencegahan seperti menyediakan panduan keselamatan siber dan etika dalam penggunaan internet. Pelajar juga diberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil jika menjadi mangsa buli siber.
Webinar ini banyak memberi maklumat tentang keselamatan dan motivasi kepada pelajar. Semoga webinar ini memberi manfaat kepada pelajar untuk berhati-hati dalam penggunaan internet supaya tidak menjadi mangsa buli siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: